Please be informed that Cradle office will be closed from 14th to 27th October in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yesterday (12 October).

Video

Lawatan Kerja Rasmi YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi ke Cradle Fund

CRADLE FUND TAWARKAN DUA GERAN BAHARU UNTUK TINGKATKAN PENGKOMERSIALAN INOVASI

YB Khairy Jamaluddin pada 19 Jun 2020, melancarkan dua program baharu Cradle Investment Programme (CIP) iaitu CIP IGINITE yang menawarkan geran bersyarat dan bantuan nilai tambah sehingga RM 500,000 kepada syarikat teknologi pemula (start-up), PKS tempatan serta syarikat terbitan universiti/institut penyelidikan dan CIP ACCELERATE yang menyediakan dana sehingga RM 2,000,000 dan bantuan nilai tambah yang khusus untuk syarikat pemula teknologi tinggi dan syarikat terbitan universiti dan insititut penyelidikan.

Dengan pelancaran ini, Cradle komited untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membantu syarikat teknologi memanfaatkan sepenuhnya inovasi dan ciptaan peluang pekerjaan mereka dan seterusnya, menyumbang kepada pertumbuhan positif ekonomi negara.

Kedua-dua geran dijangka dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 38 syarikat pemula niaga peringkat awal. Setakat ini, Cradle sudah menyalurkan geran kepada lebih 1,000 syarikat pemula niaga teknologi termasuk iMoney, LaPasar, Naluri Hidup, Easy Parcel, MauKerja dan The Lorry.

Pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada agenda semasa lawatan kerja YB Khairy Jamaluddin dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI ke Cradle Fund Sdn Bhd hari ini dalam rangka lawatan kerja ke jabatan dan agensi di bawah seliaan MOSTI.

Sesi taklimat berkenaan fungsi dan peranan Cradle serta impak Cradle Investment Programme (CIP) terhadap pembangunan ekonomi negara dan sektor syarikat teknologi peringkat awal di Malaysia, khususnya disampaikan oleh pihak Cradle.

Turut hadir YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI.

Source From Youtube



Third Party Notice ×

Please be informed that application for CIP300, DEQ 800 & CSV are closed.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.