CIP Accelerate

CIP Accelerate is a programme that provides funding of up to RM2,000,000 and value-added assistance that specifically caters to deep tech startups, SMEs and spinoffs from Universities and Research Institutes.

CIP Accelerate assists these early stage deep tech companies to commercialise their proven system and ready product at Technology Readiness Level (TRL) 8 and above.

To apply for CIP Accelerate, please send your pitch deck to cipaccelerate@cradle.com.my

TRL Definition Technology Readiness Level (TRL) is based on the TRL used by Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)

For more information, please contact us via FB Messenger or email us at enquiries@cradle.com.my

ARE YOU ELIGIBLE?

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON GERAN INI?

  • Sdn Bhd (including uni spinoff & SME Categories)
  • Accumulated revenue not more than RM5 Million.
  • 51% Malaysian owned
  • Minimum 2 directors (at least one must be Malaysian)
  • Minimum paid-up capital is RM10,000
  • Not a subsidiary of a company and the company should have less than 25% shareholding of any entity.
  • Must have IP rights (rights i.e. licensing for commercialisation)
    For universities, the company must comply with the prerequisite conditions to settle the rights issues with the universities to avoid difficulties in the future. Agreement will be signed between the company and Cradle only.
  • Sdn Bhd (termasuk spinoff Universiti dan Penyelidikan dan PKS)
  • 51% milik rakyat Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi RM5Mil
  • Minimum 2 pengarah (sekurang-kurangnya seorang mestilah warganegara Malaysia)
  • Modal berbayar minimum RM10,000
  • Bukan anak syarikat (pegangan saham tidak melebihi 25%)
  • Mesti mempunyai hak IP (hak iaitu pelesenan untuk pengkomersialan)
  • Bagi universiti, syarikat mesti mematuhi prasyarat untuk menyelesaikan isu hak dengan universiti untuk mengelakkan kesulitan di masa depan. Perjanjian akan ditandatangani antara syarikat dan Cradle sahaja.
APPLY NOW

Frequently Ask Questions about.....

ENG
What are other special requirements of the grant?
Apakah keperluan khas lain geran ini?

Companies are required to supplement the project cost with their own capital.

Syarikat dikehendaki untuk menampung (sebahagian) kos projek dengan modal mereka sendiri.

How can I apply for CIP Accelerate?
Bagaimana saya boleh memohon CIP Accelerate?

You need to submit your pitch slides to cipaccelerate@cradle.com.my. If you still have questions regarding CIP Accelerate, please contact the team directly at enquiries@cradle.com.my.

Anda perlu mengemukakan slaid pembentangan (ringkas) anda ke cipaccelerate@cradle.com.my. Jika anda masih mempunyai soalan mengenai CIP Accelerate, anda boleh berhubung terus dengan kami melalui emel di enquiries@cradle.com.my.

Would my product/tech need some traction (quantity of listing/users) before submitting the application?
Adakah produk/teknologi saya memerlukan takat penerimaan (traction) padu (kuantiti penyenaraian / pengguna) sebelum mengemukakan permohonan?

Yes. You need to have some traction for your product/technology to validate and prove the market needs of the product/technology.

Ya. Anda perlu mempunyai sedikit takat penerimaan (traction) (kuantiti penyenaraian / pengguna) untuk mengesahkan dan membuktikan keperluan pasaran bagi produk/teknologi tersebut.

Would a tech co-founder significantly boost the chance to get funding?
Adakah adanya pengasas bersama teknikal meningkatkan dengan ketara peluang menerima pembiayaan?

Not necessarily, but it will strengthen your application.

Tidak semestinya, tetapi ia akan mengukuhkan permohonan anda.

What are the documents needed to submit my application for CIP Accelerate?
Apakah dokumen diperlukan untuk saya mengemukakan permohonan CIP Accelerate?

You need to submit a concise pitch slides outlining your company background, technology, business model, market and financial projection of between 20-25 pages to cipaccelerate@cradle.com.my.

Anda perlu mengemukakan slaid pembentangan ringkas (pitch) menggariskan latar belakang syarikat anda, teknologi, model perniagaan, pasaran dan unjuran kewangan di antara 20 hingga 25 muka surat ke cipaccelerate@cradle.com.my.

Will my concept/idea be leaked upon submitting my application?
Adakah konsep/idea saya dibocorkan selepas saya mengemukan permohonan?

No. Your concept/idea will be kept as private and confidential.

Tidak. Konsep/idea anda akan disimpan sebagai sulit dan persendirian.

I have developed a product and currently being used by a client. Can I still apply for CIP Accelerate?
Saya telah membangunkan sebuah produk dan kini digunakan oleh pelanggan. Adakah saya masih boleh memohon CIP Accelerate?

Yes, you can apply, if you own the IP/product.

Ya, anda masih boleh memohon, jika anda pemilik harta intelek/produk.

What are the terms of conditional grant?
Apakah terma-terma geran bersyarat?

The fund must be used solely for the purpose of the product enhancement and commercialisation of the product / tech and the recipient is required to meet all deliverables within the stipulated timeline.

Dana ini mesti digunakan semata-mata untuk tujuan peningkatan produk dan pengkomersialan produk / teknologi dan penerima dikehendaki menepati/memenuhi semua peringkat serah kerja mengikut had masa ditetapkan.

Which industries can apply for CIP Accelerate?
Industri manakah yang boleh memohon CIP Accelerate?

The CIP ACCELERATE funds the following industries based on the list below (non-exhaustive list):

  1. Digital/ICT (to include the following) :-
    • Travel
    • Logistics/delivery
    • Retail apps
    • Cloud kitchen app
    • Co-living management platforms
  2. Technology Drivers (Based on STIE Framework) :-
    • 5G/6G
    • Sensor Technology
    • A4/5D Printing
    • Advanced Materials
    • Advanced Intelligence Systems
    • Cyber-Security & Encryption
    • Augmented Analytics & Data Discovery
    • Blockchain
    • Neuro Technology
    • Gene-Editing & Modification
  3. Socioeconomic Drivers (based on STIE Framework) :-
    • Energy Security
    • Business Financial Services
    • Medical & Healthcare
    • Smart Technology & Systems (Next-Gen Engineering & Manufacturing)
    • Smart Cities & Transportation
    • Water & Food Security
    • Agriculture & Forestry
    • Education
    • Environment & Biodiversity
  4. ICT
    • Mobile/wireless tech
    • Creative multimedia & content development
    • Shared services outsourcing
    • Hardware design
    • Software development (Bio-informatics, consumer productivity applications, data mining & business intelligence, electronic design automation, enterprise & business services, gaming & interactive entertainment, Internet & e-Commerce, networking, communications & connectivity, open source, operating systems, security)
    • Internet-based businesses
  5. Non-ICT
    • Biotechnology (Bio-informatics, Bio-chemicals, Bio-diagnostics tools, agriculture and food tech)
    • Advanced materials
    • Advanced manufacturing-related tech
    • Renewable energy / waste management / recycling tech
    • High-technology consumer & business products
  6. Others
    • Semi-conductors (manufacturing of integrated circuits, microprocessors, logic devices, chipsets, memory chips)
    • Life sciences (neuroscience, organic chemistry, potential drug target & method of treatment inventions, protein & nucleic acid-based inventions, small molecule chemistry & pharmaceuticals, medical devices, drug delivery systems, molecular biology assays, tools & techniques, analytical chemistry)
    • Clean technology (energy consumption, power management, alternative fuels & materials)

Dana CIP Accelerate ini membiayai industri berikut berdasarkan senarai di bawah (senarai tidak menyeluruh):

  1. Digital/ICT (untuk merangkumi yang berikut) :-
    • Perjalanan/Pengembaraan
    • Logistik/Penghantaran
    • App peruncitan
    • App dapur awan (cloud)
    • Platform pengurusan tinggal-bersama (Co-Living)
  2. Pemacu Teknologi (Berdasarkan rangka kerja STIE)
    • 5G/6G
    • Teknologi Sensor
    • Percetakan A4/5D
    • Bahan Termaju
    • Sistem Kecerdasan Termaju
    • Keselamatan Siber & Penyulitan
    • Analitis Anjuran (Augmented Analytics) & Temuan Data
    • Blockchain
    • Teknologi Neuro
    • Penyuntingan dan Pengubahsuaian Gen
  3. Pemacu Sosioekonomi (Berdasarkan rangka kerja STIE)
    • Keselamatan Tenaga
    • Khidmat Kewangan Perniagaan
    • Kebudayaan Kesenian & Pelancongan
    • Perubatan & Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi & Sistem Pintar (Kejuruteraan & Pembuatan Generasi Berikutnya).
    • Bandar Pintar dan Pengangkutan
    • Keselamatan air dan makanan
    • Perhatian dan Perhutanan
    • Education Pendidikan
    • Alam Sekitar & Kepelbagaian Bio
  4. ICT
    • Bergerak (mobile) / teknikal wayarles
    • Multimedia kreatif & pembangunan kandungan
    • Perkongsian perkhidmatan menyumberluarkan
    • Reka bentuk perkakasan
    • Pembangunan perisian (Bio-informatik, aplikasi produktiviti pengguna, perlombongan data & risikan perniagaan, automasi reka bentuk elektronik, perusahaan & perkhidmatan perniagaan, permainan & hiburan interaktif, Internet & e-dagang, rangkaian, komunikasi & keterkaitan, sumber terbuka, sistem pengoperasian, keselamatan)
    • Perniagaan berasaskan internet
  5. Bukan ICT
    • Bioteknologi (Bio-informatik, bahan kimia bio, alat diagnostik bio, teknologi pertanian dan makanan)
    • Bahan termaju
    • Teknologi termaju berkaitan pembuatan
    • Teknologi tenaga boleh diperbaharui / pengurusan sisa / kitar semula
    • Produk pengguna & perniagaan berteknologi tinggi
  6. Lain-lain
    • Semi konduktor (pembuatan litar bersepadu, mikropemproses, peranti logik, chipsets, cip memori)
    • Sains hayat (neurosains, kimia organik, sasaran ubat berpotensi & ciptaan kaedah rawatan, protein & ciptaan berasaskan asid nukleik, kimia molekul kecil & farmaseutikal, alat-alat perubatan, sistem penghantaran ubat, ujian biologi molekul, alat & teknik, kimia analisis)
    • Teknologi bersih (penggunaan tenaga, pengurusan kuasa, bahan api & material alternatif)
What is CIP Accelerate?
Apakah CIP Accelerate?

CIP Accelerate is a programme that provides funding of up to RM2,000,000 and value added assistance that specifically caters to deep tech start-ups, and spinoff from universities and Research Institutes.

CIP Accelerate assists these early stage deep tech companies to commercialize their proven system and technology at Technology Readiness Level (TRL) 8 and above.

TRL Diagram (based on MOSTI R&D Fund Landscape):

CIP Accelerate ialah program yang menyediakan dana hingga RM2,000,000 dan bantuan nilai tambah yang khusus untuk syarikat pemula teknologi tinggi, dan syarikat terbitan universiti dan institut penyelidikan.

CIP Accelerate membantu syarikat teknologi tinggi dalam peringkat awal ini untuk mengkomersialkan sistem dan teknologi mereka yang telah terbukti pada Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) 8 ke atas.

Diagram TRL (berdasarkan Lanskap Pembiayaan R&D MOSTI):

What is the purpose of CIP Accelerate?
Apakah tujuan CIP Accelerate?

The purpose of this program is to assist deep tech companies to convert market validated prototype to a commercial product / tech; to further enhance existing product / tech; and to commercialise the product / tech.

Definition of Deep Tech

Deep tech is defined as a set of technologies based on scientific discoveries, engineering, mathematics, physics and medicine. It also includes new technological applications that can have a profound impact on people and society. The sectors that are most fertile for deep tech applications are life science, computing, food and agri tech, aerospace, energy and clean-tech, industrial technologies, telecom, new materials and chemistry. Deep tech also includes, among other things, artificial intelligence, deep learning and machine learning*. To qualify they must meet the following 4 elements:

  1. A scientific discovery or engineering innovation
  2. equires R&D:
    1. Time spent on R&D of at least 1 year
    2. Fund spent on R&D of at least RM500k
  3. Possess fundamental and defensible scientific or engineering innovation that distinguish them from those that are based on incremental refinement or delivery of standardized technologies or only use business model innovation to create opportunities
  4. Deep tech innovations are well protected (IP) and hard to reproduce giving them a strong competitive advantage or barrier to entry

Tujuan program ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat peringkat awal untuk menukar prototaip disahkan pasaran kepada produk komersil / teknologi; untuk meningkatkan lagi produk sedia ada / teknologi; dan mengkomersialkan produk / teknologi.

Program ini bercadang menangani kekurangan bantuan kewangan untuk syarikat pemula dan ekosistem PKS untuk perniagaan teknologi tinggi di peringkat awal daripada peningkatan produk kepada pengkomersialan produk.

What is the maximum amount? What expenses are claimable?
Apakah jumlah (pembiayaan) maksimum? Apakah perbelanjaan boleh dituntut?

The maximum amount is RM2,000,000 (RINGGIT MALAYSIA TWO MILLION). Companies must at least utilise 60% of the funding for commercialization expenses and 40% for non-commercialization expenses. Examples of allowable expenses include:

  • Technology Acquisition / Licensing / Subscription – to support main IP
  • Operational Expenditure – Salaries, Rental
  • Regulatory Approvals / Certification
  • Hardware / Equipment acquisition
  • Marketing
  • Other product enhancement related costs
  • Accounting system/firm (mandatory)

Jumlah maksimum ialah RM2,000,000 (RINGGIT MALAYSIA DUA JUTA). Syarikat mesti sekurang-kurangnya menggunakan 60% daripada pembiayaan untuk perbelanjaan pengkomersialan dan 40% untuk perbelanjaan bukan pengkomersialan. Contoh perbelanjaan yang dibenarkan termasuk:

  • Pemerolehan Teknologi / Pelesenan / Langganan - untuk menyokong IP utama
  • Perbelanjaan Operasi - Gaji, Sewa
  • Kelulusan kawalselia / Persijilan
  • Perolehan perkakasan / peralatan
  • Pemasaran
  • Kos lain berkaitan peningkatan produk
  • Sistem/firma perakaunan (wajib)
What is the period of funding for CIP Accelerate?
Apakah tempoh pembiayaan untuk CIP Accelerate?

18 to 24 months

18 hingga 24 bulan

What are my commitments after completion of funding?
Apakah komitmen saya setelah selesai pembiayaan?

Upon completion of disbursement period, Companies are expected to abide to submission and updates of companies’ progress over the next 24months.

Setelah tamat tempoh pembayaran (daripada geran), syarikat diharap dapat mematuhi serahan kerja dan keperluan kemas kini kemajuan syarikat dalam tempoh 24 bulan berikutnya.

Do we need to pay back the grant, if we breached the terms and conditions of the agreement?
Adakah kami perlu membayar kembali geran tersebut, sekiranya kami melanggar terma dan syarat perjanjian?

Yes, companies will need to pay back disbursed grant amount plus administration fees.

Ya, syarikat perlu membayar balik jumlah geran yang telah dikeluarkan serta yuran pentadbiran.

How is the CIP Accelerate grant different from a loan?
Bagaimana CIP Accelerate berbeza daripada pinjaman?

The CIP Accelerate is a conditional grant offered by Cradle. The grant funding is an initiative from the Government to assist local entrepreneurs in commercializing their proven system and technology to the mass market. The recipient of CIP Accelerate is not required to pay back the amount disbursed provided that they meet all deliverables set prior to signing of agreement.

CIP Accelerate ialah geran bersyarat yang ditawarkan oleh Cradle. Pembiayaan geran adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk membantu usahawan tempatan dalam mengkomersilkan sistem yang telah terbukti dan teknologi untuk pasaran massa. Penerima CIP Accelerate tidak dikehendaki untuk membayar balik jumlah yang dikeluarkan dengan syarat mereka memenuhi semua serahan kerja ditetapkan sebelum menandatangani perjanjian.

Is CIP300 and DEQ800 still available?
Adakah CIP300 dan DEQ800 masih ditawarkan?

Cradle has announced the cease of both CIP300 and DEQ800 in December 2019.

Cradle telah mengumumkan penamatan kedua-dua CIP300 dan DEQ800 pada bulan Disember 2019.

How will the funds be disbursed?
Bagaimanakah dana akan dibayar?

There are 3 modes of disbursement: Advance Payment, Direct Payment and Reimbursement.

Terdapat 3 cara pembayaran: pendahuluan, bayaran terus dan pembayaran balik.

Do we need to own the IP or the technology?
Adakah kami perlu memiliki harta intelek (IP) ataupun teknologi tersebut?

Yes. The company must own the IP and/or have the rights to the IP.

Ya. Syarikat mesti memiliki harta intelek (IP) ataupun teknologi tersebut.

Will Cradle take ownership of the IP or company, in exchange for the funding?
Adakah Cradle memegang pemilikan IP atau syarikat, untuk sebagai tukaran untuk pembiayaan?

No. Cradle will not take the IP and any equity in the company.

Tidak. Cradle tidak akan mengambil harta intelek (IP) dan sebarang ekuiti dalam syarikat.

What are the important points needed if I were to be shortlisted for interview? Is your team looking for a specific type of USP?
Apakah perkara penting yang perlu jika saya akan dipanggil untuk pitching? Adakah pasukan anda mencari cadangan jualan unik (USP) tertentu?

Funding opportunities under Cradle Investment Programme has increasingly becoming competitive over the years. Innovation are evolving on a daily basis and we are looking for the best amongst the best. Highlighting important points as follows may help you in your application (these points are however non-exhaustive):

  • Clear explanation of the pain/problem/issue that you would like to address/solve
  • Clear explanation about the technology and/or innovation of your product/service
  • Clear explanation on how your technology and/or innovation can address/solve the issue that you would like to resolve
  • Clear and updated analysis in commercialisation aspect of your product/service which includes competitor analysis
  • The diversity in your team. It is not a must but having a diversity in team’s expertise such as tech, finance, etc. will show the strength in your team

Persaingan untuk dibiayai di bawah Cradle Investment Programme telah menjadi semakin kompetitif dalam beberapa tahun. Inovasi berkembang hari demi hari dan kami sedang mencari yang terbaik di antara yang terbaik. Menjelaskan perkara penting berikut membantu dalam permohonan anda:

  • Penerangan yang jelas mengenai masalah atau isu yang anda cuba tangani/atasi
  • Penerangan yang jelas mengenai teknologi dan/atau inovasi produk/perkhidmatan anda
  • Penerangan yang jelas tentang bagaimana teknologi dan/atau inovasi anda akan menangani/mengatasi yang anda ingin selesaikan
  • Analisa yang jelas dan terkini dalam aspek pengkomersialan produk/perkhidmatan anda termasuk analisa pesaing.
  • Kepelbagaian dalam pasukan anda. Ia bukan satu kemestian tetapi mempunyai kepelbagaian dalam kepakaran pasukan seperti teknikal, kewangan , dan lain-lain akan menunjukkan kekuatan dalam pasukan anda.