Welcome to Cradle, Malaysia's Early Stage Tech Companies Influencer. Ready to start your entrepreneurial journey? Be part of our Leading companies today!

Press Release

CRADLE MELANTIK RAFIZA GHAZALI SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2020 – Penggerak syarikat permulaan peringkat awal di Malaysia, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) hari ini mengumumkan pelantikan Puan Rafiza Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) bermula 1 Jun, 2020.

Rafiza akan membawa bersama beliau pengalaman yang meluas dalam bidang Strategi, Inovasi, Kewangan dan Pengurusan Perniagaan. Beliau pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan di Velesto Energy Berhad, sebuah syarikat multinasional dalam sektor huluan minyak dan gas yang diasaskan di Malaysia.

Rafiza telah memulakan kerjaya beliau di Arthur Andersen & Co. di Australia dan kemudiannya telah memegang jawatan kanan di beberapa organisasi terkemuka termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), RHB Investment Bank Berhad, Thomson Reuters dan Sime Darby Berhad.

“Pelantikan Rafiza mengukuhkan komitmen Lembaga Pengarah bagi memastikan peranan Cradle dalam mewujudkan ekosistem yang mampan bagi komuniti syarikat-syarikat permulaan. Keutamaan kami di dalam krisis COVID-19 adalah untuk membolehkan syarikat-syarikat permulaan di Malaysia dan usahawan teknologi mengharungi segala cabaran dan berkembang berdasarkan landskap yang semakin berubah. Pencarian bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ini telah melalui satu proses yang ekstensif dan melibatkan kerjasama rapat bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),” kata Datuk Yvonne Chia, Pengerusi Cradle.

Ahli Lembaga Pengarah Cradle ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Razif Abdul Aziz, yang kini merupakan Pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan yang akan kembali menyandang dan menjalankan peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi bermula 1 Jun, 2020.

#TAMAT#

Tentang Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle)
Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) ialah penggerak syarikat permulaan peringkat awal di Malaysia, diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia pada 2003 dengan mandatnya menyediakan dana kepada syarikat permulaan berpotensi dan berkaliber tinggi dalam bidang teknologi melalui Program Pelaburan Cradle (Cradle Investment Programme, CIP).

Sepanjang 17 tahun sejarahnya, Cradle telah membantu membiayai lebih 1000 syarikat permulaan dalam bidang teknologi di Malaysia dan mempunyai kadar pengkomersilan tertinggi dalam geran kerajaan di negara ini. Dengan lebih sedekad pengalaman dalam sektor pendanaan geran negara, Cradle meluaskan lagi peranannya daripada penyedia geran kepada pelabur melalui penubuhan cabang usaha niaganya, Cradle Seed Ventures pada 2015 dan susulan pengembangan portfolionya kepada pelaburan ekuiti pada awal 2017, Cradle kini menawarkan bantuan pendanaan dan pelaburan sehingga hujung tahun 2019.

Penawaran produk Cradle tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan, tetapi juga termasuk sokongan pengkomersilan, latihan dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah untuk memenuhi keperluan usahawan yang pelbagai pada masa ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.cradle.com.my

Untuk sebarang pertanyaan, pihak media boleh menghubungi Caroline Jintoni di
+6019 293 9096 atau emel ke caroline@cradle.com.my




Third Party Notice ×

Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.