Please be informed that Cradle office will be closed from 14th to 27th October in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yesterday (12 October).

Our Startups Stories

Golog rancang kembang ke Sabah, Sarawak pada Julai

Golog rancang kembang ke Sabah, Sarawak pada Julai

Published 09 May, 2019

KUALA LUMPUR 9 Mei – Platform logistik bersepadu, Golog, yang ketika ini hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia, merancang berkembang ke Sabah, Sarawak dan pasaran luar negara pada Julai tahun ini.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ivan Chin Wen Hau berkata, konsep platform itu adalah sama dengan Uber tetapi bagi logistik.

 

“Di bawah naungan kami, kami menggabungkan semua pemain logistik berlesen serta pemandu kenderaan persendirian yang mahu bekerja dengan kami, sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Dengan ini, kami boleh mengurangkan kos pindahan barang daripada penjual kepada pembeli,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

 

Mereka yang bekerja di bawah Golog terdiri daripada penunggang motosikal hinggalah kepada mereka yang memandu lori besar, kata Chin.

 

“Sejak platform itu ditubuhkan pada Mei 2017 sehingga sekarang, kami memperoleh lebih 50,000 pengguna berdaftar dan 45,000 pemandu berdaftar,” katanya.

 

Source from Utusan




Third Party Notice ×

Please be informed that application for CIP300, DEQ 800 & CSV are closed.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.