Direct Lending tawar pinjaman selamat

Published 11 September, 2019

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Direct Lending Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada peminjam daripada menerima kelayakan pinjaman dengan segera, memohon pinjaman secara formal sehingga memperoleh wang ke dalam akaun.

 

Pengasasnya, Hui Yik Seong berkata, perkhidmatan yang ditawarkan adalah 100 peratus percuma malah untuk me­ngurangkan beban peminjam, Direct Lending menawarkan rebat tunai kepada peminjam.

 

Katanya, sehingga hari ini lebih RM300,000 rebat tunai telah diberikan dan Direct Lending juga menawarkan 90 peratus kadar kelulusan pinjaman apabila permohonan dihantar kepada pemberi pinjaman untuk diproses.

 

Source from Utusan