Please be informed that Cradle office will be closed from 14th to 27th October in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yesterday (12 October).

Latest News

Rafiza Ghazali CEO Cradle Fund baharu

Cradle Fund Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Rafiza Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) bermula 1 Jun 2020.

PENGGERAK syarikat permulaan peringkat awal di Malaysia, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), semalam mengumumkan pelantikan Rafiza Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) bermula 1 Jun 2020.

Beliau pada masa ini adalah Ketua Pegawai Kewangan di Velesto Energy Berhad, syarikat multinasional dalam sektor huluan minyak dan gas yang diasaskan di Malaysia.Rafiza memulakan kerjaya beliau di Arthur Andersen & Co. di Australia dan kemudiannya memegang jawatan kanan di beberapa organisasi terkemuka termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), RHB Investment Bank Berhad, Thomson Reuters dan Sime Darby Berhad.

“Pelantikan Rafiza mengukuhkan komitmen Lembaga Pengarah bagi memastikan peranan Cradle dalam mewujudkan ekosistem yang mampan bagi komuniti syarikat-syarikat permulaan.”Keutamaan kami di dalam krisis Covid-19 adalah untuk membolehkan syarikat-syarikat permulaan di Malaysia dan usahawan teknologi mengharungi segala cabaran dan berkembang berdasarkan landskap yang semakin berubah.

“Pencarian bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ini telah melalui satu proses yang ekstensif dan melibatkan kerjasama rapat bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),” kata Pengerusi Cradle, Datuk Yvonne Chia.

Source From HEAD TOPICS



Third Party Notice ×

Please be informed that application for CIP300, DEQ 800 & CSV are closed.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.