Welcome to Cradle, Malaysia's Early Stage Tech Companies Influencer. Ready to start your entrepreneurial journey? Be part of our Leading companies today!

Latest News

PitchIn Memperkenalkan Platform Pelaburan Ekuiti – Kini Semua Boleh Menjadi Pelabur

PitchIn Memperkenalkan Platform Pelaburan Ekuiti – Kini Semua Boleh Menjadi Pelabur

Published 14 Jun, 2016

PitchIn merupakan salah satu platform yang memfokuskan kepada crowdfunding dan telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas. Terkini, hari ini, PitchIn memperluaskan penawaran mereka dan membawa arena pelaburan setapak kehadapan dengan memperkenalkan pelaburan berbentuk ekuiti.

Berbeza dengan sebelum ini, melalui PitchIn Equity, ia membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dengan nilai bermula RM1,000 dan mempunyai pegangan ekuiti dalam syarikat yang dilabur. Ini adalah berbeza dengan pelaburan melalui crowdfunding biasa yang hanya sekadar dalam bentuk sumbangan tanpa sebarang pegangan pada syarikat atau produk yang dilabur.

Disamping membuat pelaburan, bagi syarikat yang ingin mengumpulkan dana operasi, mereka juga turut boleh menggunakan platform PitchIn untuk mengumpulkan dana. Beberapa kriteria perlu dilalui sebelum dapat menyenaraikan syarikat anda dalam PitchIn, dan ia akan ditapis oleh pihak PitchIn terlebih dahulu.

Bergerak ke hadapan, PitchIn juga merancang untuk memperkenalkan kebolehan membuat perdagangan ekuiti dalam syarikat – lebih kurang seperti pasaran saham, tetapi lebih tertumpu untuk syarikat-syarikat yang melalui pelaburan dala PitchIn. Tetapi, ia masih lagi pada peringkat idea awal, dan masih perlu melalui pelbagai proses termasuk kebenaran pihak berkuasa sebelum diaplikasikan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mula memberikan lesen kepada beberapa syarikat untuk memperkenalkan perkhidmatan pelaburan ekuiti, dan PitchIn merupakan salah satu daripadanya. Dengan pelancaran pelaburan ekuiti oleh PitchIn hari ini, mungkin kita akan melihat beberapa pesaing lain akan turut hadir tidak lama lagi.

Sumber daripada Amanz




Third Party Notice ×

Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.