
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan program ‘MyHackathon’ 2020 dengan fokus mencari penyelesaian segera dalam menambahbaik perkhidmatan terpilih kerajaan yang terkesan akibat COVID-19.
Program diterajui Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) ini antara inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam mencipta penyelesaian digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Rafiza Ghazali, berkata program itu diwujudkan untuk usahawan dan bakal usahawan melahir dan meraikan semangat tekad menghasilkan idea penyelesaian kreatif bagi membantu menambahbaik perkhidmatan awam, sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Katanya, pemenang siri ‘MYHackthon’ 2020 akan menerima geran mengikut kategori yang disediakan.