MYHackathon, salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) merupakan cabaran penyelesaian masalah bagi meningkatkan kecekapan digital perkhidmatan kerajaan dalam era norma baharu. Hackathon ini merupakan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Semua pengekod, inovator, jurutera perisian, pakar subjek, dan juga rakyat Malaysia boleh menyertai hackathon nasional ini dengan 2 hingga 5 ahli bagi setiap pasukan. Setiap hackathon mempunyai tema yang berbeza dan lokasi yang berlainan di seluruh Malaysia.
Terdapat 6 hackathon yang akan diadakan bermula Oktober ini dengan setiap pendaftaran dibuka 7 hari sebelum pelancaran. Bagi Kuala Lumpur, penyertaan telahpun ditutup. Sementara pelancaran hackathon di Kuala Terengganu berlangsung hari ini, 5 Oktober 2020.