KKM dan DoctorOnCall bekerjasama bantu tangani kekeliruan berhubung COVID-19

Published 19 February, 2020

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari melancarkan satu aplikasi dengan kerjasama DoctorOnCall bagi membantu orang ramai menangani kekeliruan berhubung wabak COVID-19.

Perkhidmatan berbentuk nasihat atas talian itu akan berfungsi bermula Rabu dan ianya adalah percuma.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, platfom kesihatan digital itu akan melibatkan pakar perubatan keluarga dalam memberi penerangan kepada rakyat Malaysia bagi mengenal pasti COVID-19.

Source From Astro Awamni