Welcome to Cradle, Malaysia's Early Stage Tech Companies Influencer. Ready to start your entrepreneurial journey? Be part of our Leading companies today!

Latest News

Kerjasama Cradle, Supernewsroom

Kerjasama Cradle, Supernewsroom

Published 7 December, 2017

KUALA LUMPUR 06 DISEMBER 2017. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Supernewsroom, Manminder Kaur Dhillon (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Nazri Hassan ketika majlis pertukaran Memorandum Persefahaman antara Cradle dan Supernewsroom di Glo Damansara. NSTP/KHAIRULL AZRY BIDIN.

Petaling Jaya: Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) menjalin kerjasama strategik dengan Supernewsroom, platform media digital pertama Asia dalam membantu 1,000 syarikat pemula untuk mendapatkan pendedahan media, sekali gus menjadi medium untuk mempertingkat perniagaan masing-masing.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Supernewsroom Manminder Kaur berkata, platform media digital terbabit mempunyai pangkalan data editor, wartawan, penerbit dan penulis yang dihimpunkan dalam satu direktori portal.

Beliau berkata, syarikat pemula yang ingin mendapat pendedahan media dengan mudah boleh mengakses Supernewsroom yang mempunyai 25,000 direktori media dari 5,000 agensi media dari rantau Asia Tenggara.

“Kebanyakan syarikat pemula memerlukan publisiti dari segi pemasaran dan perhubungan awam bagi memastikan perniagaan yang sedang meningkat naik akan terus berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Cradle dan Supernewsroom yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Nazrin Hassan dengan Manminder di sini, semalam.

Sumber daripada MyMetro




Third Party Notice ×

Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.