Welcome to Cradle, Malaysia's Early Stage Tech Companies Influencer. Ready to start your entrepreneurial journey? Be part of our Leading companies today!

Latest News

Johor sokong usaha pemain industri rangsang galakan E-dagang

KKM dan DoctorOnCall bekerjasama bantu tangani kekeliruan berhubung COVID-19

Published 19 February, 2020

Kerajaan Johor menyokong usaha syarikat berasaskan teknologi dan memperuntuk sejumlah RM1 juta untuk memberi rangsangan kepada perniagaan e-dagang. 

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, oleh itu, kerajaan negeri berhasrat membantu pemain industri berkenaan berada pada landasan betul.

Katanya, prasarana juga akan dibangunkan untuk memudahkan pelaburan dari sektor swasta yang berpotensi tinggi dalam sektor e-dagang.

“Kini telah memasuki era kedua e-dagang yang mendorong perubahan model perniagaan secara dramatik yang tidak boleh sekadar mengharapkan semata-mata kepada perniagaan dalam talian, memuatturun aplikasi dan pengiklanan.

“Sebagai contoh, pemasaran peruncitan baru, o2o. Secara global, jumlah penduduk Malaysia masih kecil berbanding di luar negeri seperti China yang mengatasi kita dalam pasaran pengguna.

“Suasana telah berubah. Syarikat perniagaan perlu belajar cara memanfaatkan kaedah baru untuk menarik pelanggan dan salah satu caranya ialah melalui penerapan ‘omnichannel’. Ia adalah integrasi antara pengedaran, promosi dan komunikasi kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian penutup BaseConf 2020 di Studio Iskandar di sini, semalam.

Jimmy yang juga Adun Bukit Batu berkata, kesimpulannya, permainan telah berubah dan hasrat kerajaan Johor adalah untuk membantu sektor e-dagang tempatan terutamanya kepada syarikat pemula niaga.

“Justeru itu, melalui konsep ACE (Accelerate, Cultivate, Expand) atau (Mempercepat, Memupuk, Memperluas), kerajaan negeri Johor menyediakan ruang yang membolehkan usahawan tempatan, anak muda serta mSME untuk menceburi industri e-dagang,” katanya.

Tambahnya lagi, konsep tersebut menjadi platfrom bagi mempelajari asas, membina peluang untuk berkembang dan meningkatkan pembiayaan perniagaan dengan objektif menyumbang kepada ekonomi negara.

“Apa yang kita lakukan hari ini bukan sekadar menyerahkan geran kepada pemohon.

“Sebaliknya, apa yang kami cadangkan sebenarnya adalah program holistik, bukan sahaja sokongan kewangan tetapi menyediakan platform yang kondusif untuk membolehkan syarikat pemula niaga belajar dari golongan profesional,” katanya lagi.

Dalam pembentangan (pitch) lapan buah syarikat pemula niaga (startup) di BaseConf 2020 semalam, Supplycart dari Kuala Lumpur memenangi geran bernilai RM25,000 selain latihan bimbingan firma profesional selama setahun.

Source From JOHORKINI



Third Party Notice ×

Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.