Please be informed that Cradle office will be closed from throughout CMCO in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob recently.

Latest News

Cradle Umum Pelantikan Rafiza Ghazali Selaku CEO Baharu

Cradle Fund hari ini mengumumkan pelantikan Rafiza Ghazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif baharu Kumpulan.

Pelantikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020.

Rafiza sememangnya memiliki pengalaman yang luas dalam bidang strategi, inovasi, kewangan serta pengurusan perniagaan. Beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Velesto Energy Berhad, sebuah syarikat multinasional dalam sektor minyak dan gas yang diasaskan di Malaysia.

Rafiza telah memulakan kerjaya beliau di Arthur Andersen & Co. di Australia dan kemudiannya telah memegang jawatan kanan di beberapa organisasi terkemuka termasuklah Bank Negara Malaysia (BNM), RHB Investment Bank Berhad, Thomson Reuters dan Sime Darby Berhad.

Pelantikan Rafiza akan mengukuhkan komitmen Lembaga Pengarah bagi memastikan peranan Cradle dalam mewujudkan ekosistem yang mampan bagi komuniti syarikat-syarikat startup lebih kukuh sewaktu krisis COVID-19 ini.

Menurut Datuk Yvonne Chia, Pengerusi Cradle pemilihan jawatan ini telah melibatkan kerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Tindakan ini bagi memastikan syarikat startup Malaysia mampu berkembang seiring dengan perubahan landskap ekonomi yang semakin berubah.

Source From Rnggt



IMPORTANT NOTICE ×

Dear Valued Entrepreneurs and Innovators, Please be informed that all application for CIP IGNITE & CIP ACCELERATE will be closed from 1st November to 14th December 2020. However, application will re-open for submission on the 15th December 2020. Thank You.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.