Please be informed that Cradle office will be closed from throughout CMCO in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob recently.

Latest News

Cradle Melancarkan Saluran Medianya Tersendiri – CradleTV

Cradle Melancarkan Saluran Medianya Tersendiri – CradleTV

Published 14 Jun, 2016

Mei 24, 2016 – Semua sedia maklum akan tanggungjawab Cradle sebagai salah satu pemangkin dunia startup tempatan. Mereka menyediakan pelaburan dana awal untuk startup sama ada memulakan idea mereka, atau dalam mengkomersilkan produk mereka. Beberapa tahun yang lalu mereka menggandakan usaha dengan cara pendanaan bersama (Matching Grant) dan pada hari ini mereka telah mengumumkan saluran medianya yang tersendiri iaitu Cradle TV.

Saluran media Cradle TV diwujudkan oleh Cradle bertujuan untuk mengembangkan lagi usaha mereka dalam mempromosi dan melestarikan dunia startup tempatan. Sepertimana yang kita tahu, mungkin terdapat pelbagai rancangan pada saluran TV yang sedia ada yang memfokuskan perniagaan namun rancangan sebegini biasanya hanya terdapat pada waktu tertentu, dan bukan sepanjang masa seperti Bloomberg, Thomson Reuters dan sebagainya. Untuk pasaran tempatan, terdapat saluran seperti Bloomberg Malaysia dan CapitalTV yang lebih menyasarkan dunia usahawan secara am. Melalui CradleTV, penekanan kandungan lebih diberikan kepada startup, dimana berita dan video yang diterbitkan mereka lebih mesra untuk golongan ini.

CradleTV akan diusahakan oleh pasukan mereka sendiri dan juga hasil perkongsian dari media yang lain. Selain dari berita dan kandungan video, akan terdapat rancangan yang dihasilkan sendiri oleh mereka dalam mendidik pengguna mengenai dunia startup. Anda boleh mengikuti CradleTV menerusi halaman rasmi mereka, dan juga kemaskini menerusi TwitterInstagram, dan juga Facebook.

Sumber daripada Amanz




IMPORTANT NOTICE ×

Dear Valued Entrepreneurs and Innovators, Please be informed that all application for CIP IGNITE & CIP ACCELERATE will be closed from 1st November to 14th December 2020. However, application will re-open for submission on the 15th December 2020. Thank You.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.