Please be informed that Cradle office will be closed from throughout CMCO in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob recently.

Latest News

Cradle Fund tawar geran perniagaan baharu pada suku kedua

KKM dan DoctorOnCall bekerjasama bantu tangani kekeliruan berhubung COVID-19

Published 19 February, 2020

CRADLE Fund Sdn Bhd menyasarkan menawarkan pelbagai siri geran baharu pada suku kedua tahun ini susulan peruntukan RM20 juta yang disalurkan menerusi Belanjawan 2020. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Razif Abdul Aziz, berkata geran baharu itu akan menggantikan Program Pelaburan Cradle 300 (CIP300) dan menumpukan syarikat pemula niaga berkaitan teknologi.

Program CIP300 itu menyediakan geran bersyarat serta bantuan nilai tambah sehingga RM300,000 untuk usahawan yang berminat memulakan syarikat pemula niaga teknologi berteraskan inovasi bagi memajukan serta pengkomersialan produk atau perkhidmatan mereka.

“Kami menyasarkan untuk melancarkan geran itu pada minggu pertama April dan permohonannya akan dibuka pada masa itu,” katanya kepada pemberita di luar majlis pelancaran Program ‘Coach and Grow’ (CGP) 2020 di Petaling Jaya, semalam.

Razif yang enggan mendedahkan butiran lanjut geran baharu itu berkata pihaknya kini di peringkat akhir rundingan dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementerian Kewangan bagi memperhalusi produk terbabit.

“Kami masih menunggu kelulusan akhir daripada kedua-dua kementerian itu,” katanya.

Mengenai sama ada perubahan pimpinan kerajaan akan menjejaskan pengenalan geran baharu itu, beliau berkata ini mungkin tidak berlaku kerana syarikat tersebut telah menerima peruntukan RM20 juta.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai sebarang perubahan kerajaan tetapi kami akan meneruskan usaha untuk melaksanakan arahan terakhir (kerajaan terdahulu),” katanya.

Mengulas impak COVID-19, Razif berkata setakat ini, Cradle Fund belum menerima sebarang permintaan daripada syarikat pemula niaga yang mahukan kelonggaran seperti lanjutan indeks prestasi utama atau sasaran masing-masing.

Bagaimana pun, katanya, pihaknya akan mempertimbangkan aspek kelonggaran itu jika syarikat pemula niaga dalam sektor pelancongan terjejas akibat penularan virus itu.

“Kerajaan (sebelum ini) telah melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu perniagaan. Oleh itu pasti kami akan mengkajinya.

“Bagi kes asli misalnya, kami mungkin membenarkan kelonggaran bagi syarikat pemula niaga terbabit,” katanya.

CGP yang dianjurkan bersama Proficeo Consultants Sdn Bhd, merupakan program bimbingan khusus untuk syarikat pemula niaga dan syarikat di peringkat awal pertumbuhan untuk membolehkan mereka menjana pendapatan yang mampan.

Terdahulu ketika berucap, Razif berkata pihaknya menyasarkan 120 syarikat dan 340 usahawan untuk menyertai CGP 2020.

Sejak diperkenalkan pada 2011, program bimbingan itu telah berjaya membantu 469 syarikat dan 1,657 usahawan.

Setakat ini, syarikat yang telah menyertai program selama 12 bulan itu mampu meraih hasil melebihi RM2 bilion manakala perolehan eksport lebih RM310 juta selain mengumpul dana berjumlah lebih RM436 juta. – Bernama

Source From BH Online



IMPORTANT NOTICE ×

Dear Valued Entrepreneurs and Innovators, Please be informed that all application for CIP IGNITE & CIP ACCELERATE will be closed from 1st November to 14th December 2020. However, application will re-open for submission on the 15th December 2020. Thank You.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.