Please be informed that Cradle office will be closed from 14th to 27th October in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yesterday (12 October).

Latest News

Cradle Fund sedia dua geran baharu RM26.5 juta

KUALA LUMPUR: Penggerak syarikat pemula niaga peringkat awal tempatan, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), menawarkan dua geran baharu kepada syarikat pemula niaga teknologi peringkat awal dengan nilai permulaan RM26.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rafiza Ghazali, berkata dua geran baharu itu ialah Cradle Investment Programme Ignite (CIP Ignite) dan Cradle Investment Programme Accelerate (CIP Accelerate) bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan.

 

Katanya, dengan matlamat membolehkan syarikat pemula niaga peringkat awal meneroka peluang pengkomersialan inovasi dan mempercepatkan pertumbuhan, geran berkenaan dibangunkan berdasarkan pengalaman ketika berdepan pandemik COVID-19.

“CIP Ignite membabitkan geran berjumlah RM16.5 juta yang direka sebagai geran bersyarat sehingga RM500,000 untuk membantu syarikat pemula niaga berasaskan teknologi peringkat awal, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) teknologi atau syarikat digagaskan oleh universiti atau institut penyelidikan.

“Menerusi geran ini, ia dibahagikan kepada dua komponen iaitu CIP Ignite (1) untuk inovasi lebih mendalam dan CIP Ignite (2) bagi syarikat berasaskan teknologi lain.

“Program pendanaan baharu ini adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada syarikat mengembangkan nilai dalam pasaran,” katanya kepada media selepas pelancaran dua geran baharu itu di sini, hari ini.

Ia disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pengenalan CIP Ignite dan CIP Accelerate selaras dengan pengumuman Cradle untuk terus memperkasakan geran Cradle Investment Programme 300 (CIP300) dan Direct Equity 800 (DEQ800) supaya dinikmati oleh penerima yang lebih besar.

Mengulas lanjut, Rafiza berkata, bagi CIP Accelerate berjumlah RM10 juta pula, Cradle Fund mewujudkan program dengan pendanaan sehingga RM2 juta dengan fokus kepada mempercepatkan pertumbuhan syarikat teknologi dan syarikat digagaskan oleh universiti atau institut penyelidikan.

Beliau berkata, bagi memperkasakan potensi kejayaan penerima geran, ia akan menawarkan sokongan bernilai tambah menerusi Structured Coaching Programme (SCP).

Katanya, melalui SCP, penerima geran akan disediakan dengan perkhidmatan mentor perniagaan berpengalaman dan peluang latihan bersasar bagi meningkatkan pengalaman, kemampanan dan daya tahan.

“Kedua-dua geran dijangka dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 38 syarikat pemula niaga peringkat awal,” katanya.

Setakat ini, Cradle sudah menyalurkan geran kepada lebih 1,000 syarikat pemula niaga teknologi termasuk iMoney, LaPasar, Naluri Hidup, Easy Parcel, MauKerja dan The Lorry.

Source From BH ONLINE



Third Party Notice ×

Please be informed that application for CIP300, DEQ 800 & CSV are closed.


Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.