Welcome to Cradle, Malaysia's Early Stage Tech Companies Influencer. Ready to start your entrepreneurial journey? Be part of our Leading companies today!

Events

Majlis Pelancaran dan Walkabout MESTECC 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Alam Sekitar (MESTECC) akan menganjurkan Majlis Pelancaran dan Walkabout MESTECC 2020: Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own It. Do It. Ace It.) mengikut ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh    : 11 Februari 2020 (Selasa)

Tempat : Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur

Masa     : Warga MESTECC – 08.00 pagi – 6.00 petang

                 Orang awam – 11:00 pagi – 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk menyediakan platform kepada semua Warga MESTECC untuk memahami inisiatif-inisiatif bagi mencapai hala tuju dan perancangan strategik kementerian tahun 2020, menyampaikan maklumat mengenai inisiatif program dan aktiviti di bawah MESTECC sebagai usaha meningkatkan kerjasama erat bersama stakeholders, kementerian dan agensi, mempromosi dan menonjolkan peranan MESTECC kepada komuniti setempat dan mendapatkan maklum balas/input warga MESTECC dan stakeholders berkaitan inisiatif MESTECC 2020. Program ini akan dipecahkan kepada tiga komponen utama iaitu Majlis Amanat YB Menteri Tahun 2020, pelancaran Inisiatif MESTECC 2020 dan walkabout yang akan mempamerkan senarai inisiatif MESTECC 2020 dan sesi libat urus program / aktiviti utama bahagian / jabatan / agensi MESTECC.




Third Party Notice ×

Please note that Cradle has never appointed any agent or representative to act on our behalf. If you have been approached by any party, who claims to be the representative or agent appointed by Cradle, who claims to be able to facilitate or guarantee in securing grants/funds from Cradle, whether in return for a fee/favour or otherwise OR if you have doubts about the authenticity and credibility of such party, please contact the Management immediately.