Kelas E-Dagang SITEC: Pemasaran Digital

Modul: Pemasaran Atas Talian 301

Khas untuk mereka yang baru menjejak kaki ke dunia e-Dagang, setiap kelas akan dipimpin oleh seorang jurulatih yang akan mengajar dan menjadi mentor, bersama pembentang lain yang semuanya berpengalaman dalam industri e-Dagang, untuk mengongsikan pandangan serta pengalaman mereka.

Tentang Kelas Ini:

Memang tiada keraguan apabila dikatakan bahawa Pemasaran Digital adalah bahagian yang penting dalam strategi pemasaran setiap perniagaan. Namun begitu, apakah sebenarnya Pemasaran Digital, dan apakah strategi-strategi utama yang boleh digunakan untuk mengembangkan jangkauan serta menukarkan trafik kepada pelanggan?

Sediakan diri untuk Zaman Digital ini, dan menjadi pemasar digital yang celik sekarang.

Sertailah Jurulatih Fatin Fadila untuk petunjuk tentang asas-asas e-Dagang, berserta penceramah jemputan yang semuanya berpengalaman dalam industri ini.

Tarikh: 1 Ogos 2017 | Selasa
Masa: 1:30PM – 4:00PM
Bayaran: Percuma
Tempat: SDCC (Selangor Digital Creative Centre)
Alamat: E-28-1, Jalan Multimedia 7/AG, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor. (Peta)

Aturcara
13:30 Sesi Pendaftaran
14:00 Pengenalan SITEC
14:10 Jurulatih / Fatin Fadila (Pengurus Online 100, SITEC)
14:50 Penceramah 1
15:20 Penceramah 2
15.50 Info Pasaran
16.00 Sesi Fotografi, Jamuan Ringan dan Sesi Berinteraksi
-Tamat-

* Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Siapakah yang patut hadir?
Para peniaga e-Dagang, Penyelenggara Teknologi Maklumat & Internet, Peniaga Kecil & Sederhana, Peruncit, Kedai Rantaian dan sebagainya.

Pertanyaan & Pendaftaran:
Laman Web: https://sitecec301bm.eventbrite.com
Emel: ecclass@sitec.com.my
Tel: 012-654 6610 Ms Mico