Integriti Kami

Cradle komited menjalankan perniagaannya dengan penuh integriti dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan di Malaysia. Kami tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan, dan berpegang teguh pada Polisi Anti Rasuah dan Penyelewengan kami. Sebagai penyedia utama pembiayaan peringkat awal untuk syarikat pemula teknologi, kami akan sentiasa memastikan bahawa urus niaga dan hubungan perniagaan kami dijalankan dengan telus, profesional dan adil.

Polisi Anti Rasuah dan Penyelewengan kami mewakili komitmen Cradle dalam toleransi sifar terhadap rasuah dan penyelewengan. Dengan ini, Cradle memutuskan untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan di Malaysia termasuk (tetapi tidak terhad kepada) Kanun Keseksaan Malaysia (disemak 1977) dan pindaannya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan pindaannya, Akta Syarikat 2016 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Tidak Sah (AMLATFAPUA) 2001. Orang ramai dan kakitangan kami diminta melaporkan sebarang kecurigaan terhadap pelanggaran Polisi ini mengikut Polisi Pemberi Maklumat melalui saluran sesuai yang disediakan.

Pengurusan Cradle, kakitangan dan anggota keluarga terdekat dilarang meminta, menerima atau memberikan, secara langsung atau tidak langsung, menawarkan hadiah dari peserta program (termasuk penerima), perunding, rakan kongsi, pembekal dan mana-mana pihak ketiga lain untuk kepentingan peribadi atau kepentingan perniagaan yang berkaitan dengan Cradle.
Di Cradle, reputasi dan integriti organisasi kami adalah syarat utama untuk menjadi penyedia utama pembiayaan peringkat awal untuk syarikat pemula teknologi.

JIKA ANDA MELIHAT SESUATU, LAKUKAN YANG BENAR DAN BERSUARA. Kami mempertanggungjawab kesalahan kepada pihak yang bersalah.

ANDA LIHAT SEBARANG KECURIGAAN?
  • Fraud
  • Corruption
  • Forgery
  • Bribery
  • Soliciting
  • Gratification
  • Extortion
  • Conflict of Interest
  • Embezzlement
  • Profiteering
  • Breech of Law
  • Other unethical activities