Para Usahawan, Rakan Kongsi & Syarikat Pemula yang dihormati, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 Januari - 26 Januari 2021 di 6 negeri termasuk Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021.
Harap maklum bahawa Cradle tidak pernah melantik ejen atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Sekiranya anda telah dihubungi oleh mana-mana pihak, yang mengaku sebagai wakil atau ejen yang dilantik oleh Cradle, yang mengaku dapat memudahkan atau menjamin dalam mendapatkan geran / dana dari Cradle, sama ada diberi balasan dalam bentuk bayaran / selainnya ATAU jika anda mempunyai keraguan mengenai keaslian dan kredibiliti pihak tersebut, sila hubungi pihak Pengurusan dengan segera.